Monday, August 11, 2008

Adab-adab tidur...

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi telah bersabda : “Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk , hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk . Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri”.

Islam mementingkan tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat dilakukan dengan baik dan seimbang . Malah tidur dapat menentukan kesihatan dan menghasilkan kecergasan dalam diri seseorang . Bukan itu sahaja , tidur bagi seorang muslim juga dikira sebagai satu ibadat sekiranya ia memenuhi adap2 dalam Islam antaranya : -

1. Berwuduk
Sebaik – baik gosok gigi anda sebelum masuk tidur . Malah biasakan diri untuk mengambil wuduk sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati . InsyaAllah tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan dan iblis .

2. Perut Tidak Terlalu Kenyang
Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam . Bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan malah boleh menyebabkan perut anda cepat rasa sebu . Perut yang kenyang juga boleh menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah sukar untuk bangun .

3. Mengingati Kesilapan
Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal , cuba anda ingat semula perkara yang telah anda lakukan sepanjang harian . Sekiranya anda melakukan perkara – perkara yang baik , tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik . Tetapi sekiranya anda banyak melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar , berazamlah untuk berubah dan beristighfar memohon keampunan daripada Allah S.W.T

4. Membaca Doa dan Surah Tertentu
Ketika ingin melelapkan mata , amalkan membaca doa atau surah – surah tertentu terlebih dahulu . Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan dan seeloknya menghadap ke kiblat . Rasulullah S.A.W sering mengamal membaca surah Al – Ikhlas , Al – Falaq dan Al – Nas dan kemudiannya dihembuskan bacaan itu di kedua – dua belah tangannya lalu digosok ke seluruh badannya di mana tangannya dapat sampai . Bacaan dan perbuatan baginda ini diulang sebanyak tiga kali berturut – turut..

5. Berazam Untuk Bangun Awal
Anda juga digalakkan untuk membaca surah Al – Kausar sebanyak tiga kali sambil berniat di dalam hati mahu bangun awal . Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri dan menunaikan solat subuh .

6. Bangun Pagi
Setelah terjaga dari tidur pada waktu paginya , ucapkanlah rasa syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan usia lalu berdoa : “Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami . KepadaNya kami akan dibangkitkan” Kemudian lakukan sedikit regangan untuk melonggarkan otot – otot badan.

credit to isuhangat

ump yg dicintai

poyo gile post aku...
hahahaha...
aku dpt idea nk post sal isu ni pas aku bace kat blog bui bui nah kau bui bui...
hehehehe...
aku setuju sangat ngan pendapat si zai...
hehehe...
kepada orang-orang yang belum tau keadaan sebenar ump ni meh sini en abu nak bgtau...
hehehehe...
ump ni lebih kurang je ngan kerajaan yang ade skang...
hehehe...
politik lagi...
poyo je lebih...
ump ni aku nak tau la, maybe aku kurang tau walaupon dah final year...
ump ni ditubuhkan untuk student or untuk staff???
yang bayar yuran ump ni student ke staff???
maksud aku setiap aktiviti student nak dapat peruntukan cukup susah walaupun dah diluluskan dato' NC...
benda ni penah jadi kat budak-budak teater senandika...
tapi asal staff ni bile nak meeting je kat hotel...
asal meeting je kat hotel...
banyak tul ek duit ump ni...
pas2 bile buat aktiviti ada melibatkan staff je mesti senang nak dapat peruntukan...
dah la senang pastu banyak lak tu dapatnye...
staf staf ump ni de bayar ke yuran kat ump ni....
ni lagi satu isu kat ump ni...
aku rase dah lame dah isu ni...
kompoun ngan kad matrik...
hehehehe...
ok mule-mule sal kad matrik, aku pon pening gak la...
pe guna la pak guard n mak guard ni suh budak-budak beli sticker tapi bile nak masuk ump still kena tunjuk kad matrik lagi..
tak ke bodoh namenye..
dah la nak dapatkan sticker tu sikit punye susah...
nak tu la nak ni la...
pas tu bile nak gi ambik guard meeting la itu la...
takkan la sampai tiap-tiap ari meeting....
pihak pentadbiran pon xmeeting tiap-tiap ari...
poyo gile guard-guard ump ni...
ni kompoun lak...
salah sket nak kompoun asal salah sket nak kompuon...
tah pape la...
huhuhu...
tapi ni juz pendapat aku je la...
hahaha...
klo yang kaki bodek 2 or mamat-mamat poyo maybe xsetuju ngan pendapat aku ni...
hahahaha...
k la ek...
adiosss...

Friday, August 8, 2008

jangan menipu

PADAH MENIPU ...

seorang lelaki pergi ke tandas untuk membuang air kecil.apabila tiba di pintu tandas dia membaca notis. "Buang dulu bayar kemudian"

semasa mamat ni tengah buang air kecil dia terbaca satu notis dalam toilet tu.

BUANG AIR KECIL : 50 SEN

BUANG AIR BESAR : 30 SEN

Alangkah terkejutnya mamat ni.Jadi dia mendapat satu ilham. Selepas habis hajatnya ditunaikan diapun keluar la untuk membayar yuran tandas tersebut. Makcik penjaga tandas pun tanya la dia..

"Adik kencing ke buang air besar?" untuk mengelakkan bayar harga mahal, mamat ni pun jawab la "Saya Buang besar makcik, ni duitnya 30 sen"

Makcik tu cakap tak cukup. "Semua yang kamu kena bayar 80 sen, sebab bila kamu buang air besar kami pasti buang air kecil sekali.." maka mamat ni pun dengan bengangnyer mambayar 80 sen kepada makcik itu...ha ha ha

hehehe so disini nak di ingatkan kepada rakan-rakan sume jangan la menipu ek....

credit to isuhangat.blogspot.com

psmku oh psmku....

huhuhu....
dah pening dah kepala aku sal psm ni...
dengar tajuk xde la susah sgt tp nk bt 2 trase la ssh plak....
huhuhu...
tajuk psm aku sistem penggredan kelapa sawit menggunakan teknik expert system....
hehehehe...
baru-baru ni dah pegi jmpa supervisor aku cik noorlin....
em die pon dh cite serba sedikit pe yang aku nk kena buat, pe yang patut de dalam sistem aku ni n die gak xpaksa aku nk bt sistem aku ni secara standalone or secara web...
hehehe...
so aku sudah semestinye pilih nk bt secara standalone...
aku gak dah kena pegi cari data-data untuk psm aku ni...
huhuhu...
nasib bek la ayah aku ni peneroka so senang la nak g pejabat felda...
hehehehe...
untung jadi anak peneroka ni....
so akunye chapter 2 pon xciap lagi still tercari cari maklumat n segala input...
huhuhu...
susah-susah...
ok la ek nnt aku update lagi sal psm aku ni...
see ya...

jangan la salah faham.....

ok la kat entry ni skali lagi aku nk terangkan kat kawan-kawan sume...
sedih aku...
huhuhu....
untuk pengetahuan sume blog ni memang tentang diri aku...
apa yang aku buat, apa yang aku minat, ape yang aku impikan, dan segala-galanya lah sal aku...
hehehe...
memang aku tak nafikan yang aku ni lebih minat kat politik...
bukan cita-cita aku nak jadi seorang ahli politik tapi dengan keadaan politik negara kita sekarang aku rasa aku sebagai seorang rakyat malaysia berhak dan patut ambik tahu...
dan aku memang dilahirkan dalam keluarga yang minatkan politik...
mungkin sebab itu aku lebih cenderung kepada politik...
ok lah lepas penerangan aku ni, aku harap kawan-kawan sume jangan la salah anggap k...
adios....

Wednesday, August 6, 2008

bukan semata mata politik

buat pengetahuan saudari filzahhani blog ni di cipta bukan semata mata mengenai politik tapi sebagai madah untuk saya mengutarakan pendapat selain mengenai perjalanan hidup saya dan juga pengalaman hidup saya...
ok fullstop...
skang cite sal diri saye lak...
pe yang berlaku ari ni n pe yang saye buat ari ni...
ari ni clas xde...
mmg free gile...
so student2 kat malaysia ni macam biase la klo xde clas...
mmg confirm bangun lambat same la jg ngan saye...
hahahahaha...
dalam tengah hari lak g fakulti...
jumpe supervisor berkenaan ngan projek sarjana mude or PSM...
tension gak coz bile tanye member2 dr u len cnth usm dorg kate dorg xde pon projek final year...
best tue...
huhuhu...
ptg lak dlm kul 6 g men bola kat padang...
huh lth gile sbb dh lame xg men...
ni trun pun sbb badan dah nek...
k la ek nnt aku update lg sal diri aku yg xbest ni...
pe2 hal pon hidup reformasi...
hehehehe...

Iklan tak sesuai Utusan Malaysia

Iklan tunjuk b#$*@!t di Utusan Malaysia hari Rabu lalu dalam sisipan Mega pulak tu..sisipan khas untuk budak-budak SRP dan SPM. Tak sesuai...



















*Sumber blog ustazmuda

Kisah Berkat Disebalik Membaca Basmallah

Ditulis oleh Ustaz Azhar Idrus

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.

Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.

Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."

Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

credit to isuhangat

Terbalikkan bendera sempena 51 tahun Malaya merdeka

Setelah hampir 51 tahun Malaya merdeka dan hampir 44 tahun Malaysia ditubuhkan, kita masih lagi dibelenggu oleh permasalahan kaum, tahanan tanpa bicara (ISA), politik ala “Hitler” yang diamalkan oleh BN dan masih lagi diperintah oleh parti politik yang sama iaitu Barisan Nasional.

Rakyat Malaysia masih belum menikmati erti kemerdekaan sebenar. Barisan Nasional telah mengambil alih pemerintahan negara dari British untuk terus menjajah Malaysia. British menggunakan Undang-undang Darurat sementara Barisan Nasional menggunakan ISA. Nama saja berbeza manakala fungsinya tetap sama.

Setelah hampir 51 tahun merdeka dan 44 tahun Malaysia dituubuhkan, kita masih lagi berbangga dengan Perlembagaan Negara yang dideraf oleh “orang putih” dan bendera ala “bendera Amerika Syarikat”. Nama “Jalur gemilang” juga diterjemahkan secara langsung dari nama “Stripes of Glory” nama bendera Amerika Syarikat.

Oleh itu saya menyokong kempen Kickdefella dan teman-teman blogger lain untuk menterbalikkan bendera. Akan tetapi, sudah pastilah tuntutan saya berbeza dengan tuntutan teman-teman lain.

Saya akan terus terbalikkan bendera sehinggalah :

a) Malaysia bebas dari ISA.

b) Politik perkauman dimusnahkan di Malaysia.

c) Perlembagaan Negara dideraf semula kerana perlembagaan yang sedia ada ditulis oleh penjajah Inggeris yang sudah pasti tidak mahu melihat tanah jajahannya stabil agar mereka boleh menjajah semula.

d) Bendera Malaysia dicipta semula. Malulah orang kata bendera Malaysia macam bendera Amerika Syarikat (Di Afghanistan, sewaktu menyertai dua misi pemantauan pilihanraya pada tahun 2004 dan 2005, rakyat Malaysia diharamkan untuk membawa bendera kerana dikhuatiri akan diserang oleh puak Taliban oleh kerana bendera Malaysia mirip bendera Amerika Syarikat).

e) Hentikan “political assassination” dan pembunuhan diatas sebab-sebab politik. Contohnya Kes Memali di Baling pada tahun 1985.

f) Rakyat Malaysia dapat mengecapi demokrasi tulen seperti kebebasan berhimpun, bersuara dan berpersatuan dan juga akhbar yang bebas dari kerajaan.

g) Sejarah Malaysia ditulis semula. Peranan tokoh-tokoh kiri dalam melawan penjajahan harus diiktiraf dan dimasukkan dalam buku sejarah.

h) Pilihanraya yang bebas dan adil di Malaysia mesti dilaksanakan. Pilihanraya kecil Permatang Pauh boleh dijadikan medan pertama untuk melaksanakan penggunaan dakwat kekal dan memberikan peluang kepada media untuk memberikan liputan yang adil.

i) sehingga mahasiswa-mahasiswa bebas daripada AUKU yg mana nyata menindas hak-hak para mahsiswa.

Ini serba sedikit tuntutan saya. Ada banyak lagi sebenarnya. Tapi cukuplah 9 tuntutan dulu.

Anda mungkin tak bersetuju. Tak mengapalah…. Bukankah setiap orang mempunyai pemikiran dan pandangan yang berbeza?

Pilihan Raya Permatang Pauh 26 Ogos

TEPAT seperti mana diramalkan Pilihan raya kecil Permatang Pauh akan diadakan pada 26 Ogos depan manakala hari penamaan calon 16 Ogos, 10 hari dari sekarang.

Seperti mana yang saya sebut dalam catatan dalam kolam saya, Antara Kita, diprotal Malaysia Today sebelum ini, apakah Anwar akan berulang alik dari Mahkamah ke Permatang Pauh dalam tempoh itu. Menurut maklumat tidak rasmi Anwar dijangka didakwa kes liwat dalam beberapa hari ini.

Jika beliau didakwa sebelum hari penamaan calon sudah pasti perbicaraanya akan bermula sebaik sahaja saja penamaan calon dan ini sebagai halangan dan gangguan untuk beliau berkempen. Ada tanda-tanda Anwar akan berkempen dari dalam mahkamah.

Sama-sama kita tunggu kesudahannya. Dan saya tidak boleh buat spekulasi lebih-lebih kerana nanti kena marah!


credit to msomelayu

KRONOLOGI KEJADIAN MENYENTUH ANWAR, PERMATANG PAUH



BERIKUT PERKEMBANGAN KEJADIAN YANG MENYENTUH DATUK SERI ANWAR IBRAHIM DAN PERMATANG PAUH :


*** 10 pagi : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan mesyuara menetapkan pilihan raya kecil Permatang Pauh, yang kemungkinan ditanding Datuk Seri Anwar Ibrahim


*** 10 pagi: Polis menyerahkan notis minta Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di mahkamah Jalan Duta esok.


*** 12.30 tengah hari : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan 26 Ogos hari pengundian kawasan itu.


*** 3 petang: Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR.

Tuesday, August 5, 2008

MENGENALI PERSONALITI DIRI...

Personaliti yang wujud dalam diri kita adalah dalam bentuk yang dinamik, ia terus berkembang dan boleh berubah. Mengenalpasti personaliti diri adalah merupakan satu aset penting untuk kita mengenali dan mendalami diri sendiri. Dengan memahami personaliti yang terbentuk dalam diri kita maka lebih mudah kita menyesuaikan diri kita dengan persekitaran. Ada beberapa personaliti yang dirumuskan berdasarkan kajian dalam bidang psikologi. Antara jenis personaliti tersebut ialah ....

Personaliti Periang
Seseorang yang periang akan mudah bergaul dengan orang lain dan bagi mereka bertemu dan bergaul dengan org lain itu adalah sumber kepada kebahagiaan dalam hidup. Mereka biasanya:
* berasa selesa apabila berada dalam keramaian dan seronok bertemu dengan orang lain
* lebih mudah berhubung dengan dunia luar berbanding dengan dunia dalam diri mereka sendiri atau berfikir dengan idea sendiri
* lebih suka berbincang dengan org lain dalam mencapai keputusan berbanding membuat keputusan sendiri
* lebih banyak bercakap dari mendengar
* berkebolehan menganalisis situasi baru dengan mudah
* gemar dengan aktiviti keramaian seperti majlis makan, sukan, pesta dan lain-lain
* Happy go lucky dan gemarkan muzik harmoni dan rancak

Personaliti Pendiam
Bersifat:
* lebih suka menyendiri
* sanggup melakukan apa saja untuk menjayakan ssesuatu yang mereka sukai
* lebih suka memikir dan mencari penyelesaian untuk masalah yang dihadapi secara bersendirian
* menjadi pemerhati dan berfikir lama sebelum melibatkan diri dengan seseorang atau sesuatu
* seorang pndengar yang baik, kurang gemar dipuji dan tidak suka berbual atau mencampuri hal orang lain
* mudah merasa diketepikan dalam keramaian

Personaliti Perasa
Bersifat:
* mahu jawapan yang pasti dan tepat
* suka kerja yang berperaturan dan kerja yang mempunyai pulangan yang banyak
* suka mengumpul banyak dan cukup maklumat sebelum bertindak
* mementingkan fakta dan bukan teori serta tiada masalah berhadapan dengan perkara remeh temeh
* lebih suka melakukan sesuatu dari hanya berfikir untuk melakukan sesuatu
* kurang mempunyai firasat

Peramal
Sifatnya:
* gemar melakukan banyak perkara dalam satu masa
*selalu mempunyai jawapan yang sesuai untuk setiap persoalan dan bijak *mengenalpasti peluang baru
* tidak suka melakukan kerja yang remeh temeh
* gemar belajar mengenai perkara yang baru tapi kurang menggunakan ilmu tersebut
* sering memberi jawapan berbentuk umum
* gemar kerja yang mencabar dan kurang gemar melakukan kerja yang sama sepanjang masa
* banyak persoalan yang ditimbulkan dalam perbincangan
* suka menguji kebolehan orang lain

Personaliti pemikir
Bersifat:
* mudah mengingat nombor berbanding dengan wajah dan nama orang
* sering bertenang walaupun dalam suasana yang menyebabkan orang lain panik
* yang penting dia mestilah benar setiap masa
* kadang-kadang kelihatan seperti orang yang keras hati dan mudah mengkritik
* baik dalam merancang sebarang kerja dan mengurus kerja peribadi
* suka melihat sesuatu dengan lebih mendalam sebelum membuat keputusan

Personaliti sensitif
Bersifat:
* sering mmbayangkan diri mereka dalam situasi yang dialami oleh orang lain. Lebih * mudah simpati dengan perasaan,kehendak dan kesukaan orang lain
* dalam membuat keputusan sering bertanya sendiri apa yang saya rasa dan apa yang orang lain rasa dan bukan apa yang betul
* suka menolong orang lain walaupun tahu mereka dipergunakan
* suka menolong orang lain walaupun tahu mereka dipergunakan
* akan melakukan apa saja untuk tidak melukakan perasaan orang lain atau menimbulkan konflik dengan orang lain

ANDA YANG MANA SATU???